Saturday, February 3, 2007

Bagaimana mencari mp3 melalui engin carian Google?

Nukilan jojo @ 24 January 2007
[ Permalink ]
[ Peringatan! Artikel ini ditulis bukannya sebagai galakan kepada anda memuat turun lagu secara haram. Anda digalakkan untuk membeli lagu-lagu yang anda minati dalam bentuk CD yang boleh didapati di pasaran. Jika anda terhibur dengan lagu-lagu mereka, hargailah penat lelah mereka dengan membeli CD mereka yang original ]

Siapa yang tidak suka mendengar lagu? Kadang-kala, apabila kita mendengar lagu baru di corong radio, kita pasti terdetik untuk mendengarnya dengan lebih kerap. Tetapi, bukan semua orang mempunyai lagu tersebut untuk dikongsi bersama kita. Pelbagai alternatif boleh kita cuba.

IRC misalnya memang sudah lama menjadi tempat untuk kita mencari lagu-lagu baru. Penggunaan IRC script tertentu boleh memudahkan kita memuat turun lagu hanya dengan menaip keyword tertentu seperti @locator ataupun @find. Namun, anda harus menunggu giliran yang panjang dan lama.

Banyak juga web-web di internet yang menawarkan lagu-lagu untuk dimuat turun seperti multiply dan box.net. Penggunaan multiply adalah antara yang paling berkesan. Anda tidak digalak menggunakan Rapidshare kerana Rapidshare adalah aplikasi yang sangat menyakitkan hati. Sesiapa yang pernah menggunakan Rapidshare pasti memahami tulisan ini.

Juga penggunaan P2P seperti KaZaa dan BitTorrent. Kini, penggunaan torrent adalah cara yang paling meluas. Tetapi, kelajuan torrent adalah berkadar terus dengan seeder dan leecher. Dan dengar khabarnya, TMNET telah mengurangkan bandwidth dalam penggunaan P2P. Betul atau tidak, wallahualam.

Tetapi, ada satu cara lagi bagus. Anda boleh cuba mencari lagu-lagu yang anda mahu melalui engin carian Google. Teruskan pembacaan anda jika anda berminat.

[ Anda tidak digalakkan menggunakan KaZaa kerana RIAA (Recording Industry Associations of America) telah mendajalkan network KaZaa dengan cara memasukkan lagu-lagu yang rosak ke dalam network KaZaa. Terdapat juga kes tentang virus dan worm yang merebak melalui KaZaa. Maka, elakkan penggunaan KaZaa. ]

Berikut adalah beberapa indikator yang perlu anda ikuti dan faham sebelum memulakan pencarian:

[Directory String] boleh ditulis seperti berikut:
1) "index of"
2) "last modified"
3) "parent of"
[file type] boleh ditulis seperti berikut:
1) "mp3"
2) "shn"
3) "wma"
[mp3 name] boleh ditulis seperti berikut:
1) “Nama Album”
2) “Nama Artis”
3) Jika dibiarkan kosong, lebih banyak hasil boleh didapati
4) Kreativiti anda akan menentukan hasil carian anda!
[limitors]
1) -html -htm -php -asp -txt -pls
(inurl:) built-in function di dalam engin carian Google.
(intitle:) sama fungsinya dengan (inurl:) Juga merupakan built-in function di dalam engin carian Google.
(-filetype:txt) digunakan sebagai filter bagi hasil carian anda.
(-playlist) digunakan sebagai filter bagi hasil carian anda.
Bersedia? Mari kita lihat beberapa contoh:

Carian asas

Cara 1 : [Directory String] + (inurl:)[file type] + [mp3 name]
Cara 2 : [Directory String] + (intitle:)[file type] + [mp3 name]
Cara 3 : [Directory String] + [file type] + [mp3 name] + [limitors]
Contoh:
- intitle:index.of + mp3 + "grandaddy" -html -htm -php -asp -txt –pls (paling digalakkan!)
- "index of" + "mp3" + "radiohead" -html -htm -php
- "index of" + mp3 + "grandaddy"
- "index of" + inurl:mp3 + "beatles" -txt -pls
- "index of" + intitle:mp3 + beatles
- "last modified" + "shn" + "dylan"
- "last modified" + inurl:shn + "bob dylan"
- "parent of" + inurl:wma + "grandaddy"
Carian secara directory listing

Cara 1 : "directory listings" + (inurl:)[file type] + [mp3 name]
Cara 2 : "directory listings" + (intitle:)[file type] + [mp3 name]
Cara 3 : "directory listings of" + (inurl:)[file type] + [mp3 name]
Cara 4 : "directory listings of" + (intitle:)[file type] + [mp3 name]
Contoh:
- "directory listings" + "mp3" + "radiohead"
- "directory listings" + intitle:shn + "beatles"
- "directory listings" + inurl:mp3 + "magnetic fields"
- "directory listings of" + "mp3" + "radiohead"
- "directory listings of" + intitle:shn + "beatles"
- "directory listings of" + inurl:mp3 + "magnetic fields"
Carian secara satu persatu

Format carian: [mp3 name].mp3 -playlist -filetype:txt
Contoh:
- "ok_computer_live.mp3" -playlist -filetype:txt
- "*ok_computer*.mp3" -playlist -filetype:txt
- kid*a.mp3 -playlist -filetype:txt
Bagaimana hendak mencari?


Mudah sahaja. Copy dan paste contoh ke dalam kotak carian Google dan kemudian tekan enter ataupun klik pada butang Search. Mudah bukan? Contoh:



Klik pada Button GOOGLE SEARCH. Bawah ni adelah search resultnya:



CARA NAK CARI KAT MULTIPLY !!

Guide utk guna multiply? senang jugak. Lagu-lagu endon + malaysia local ade banyak kat sana. so, korang tak payah buang masa nak register kat forum-forum local yang menjanjikan downloand mp3

Contoh cari lagu kat google melalui multiply:

guna keyword ini: multiply, ungu

dan korang akan dapat



http://agakoi.multiply.com/music/item/12

Selamat berjaya!

[ Peringatan! Artikel ini ditulis bukannya sebagai galakan kepada anda memuat turun lagu secara haram. Anda digalakkan untuk membeli lagu-lagu yang anda minati dalam bentuk CD yang boleh didapati di pasaran. Jika anda terhibur dengan lagu-lagu mereka, hargailah penat lelah mereka dengan membeli CD mereka yang original ]


Aritkel ini dialih bahasa daripada my_haz .

rujukanhttp://kapasitor.net/blog/detail.asp?cid=2&view=115

No comments: